20. Pindaan seksyen 26
Feedback & supportSeksyen 26 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang yang—
menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa bahan yang disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya, bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan atau menangkap ikan, atau dengan apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang untuk ditangkap;
membawa atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa bahan yang
Perikanan (Pindaan)
19
disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya, bagi maksud menggunakan bahan letupan, racun atau pencemar, bahan atau perkakas, atau alat yang dilarang itu, atau sebahagian daripadanya, bagi apa-apa maksud yang disebut dalam perenggan (a);
atau
membawa, menerima atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah kawalannya apa-apa ikan yang ditangkap dengan menggunakan bahan letupan, racun atau pencemar, atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa bahan yang disyaki boleh digunakan sebagai bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa alat yang dilarang atau sebahagian daripadanya, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “perkakas atau alat” perkataan “, atau sebahagian daripadanya”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Jika bungkusan atau bekas yang mengandungi ikan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) telah disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel bagi setiap perihalan bungkusan atau bekas yang di dalamnya ikan itu terkandung.
Undang-Undang Malaysia 20
Jika perlu untuk menguji mana-mana ikan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) yang telah disita, adalah mencukupi untuk menguji hanya suatu sampel tidak melebihi lima peratus daripada isi padu atau berat ikan yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa ikan yang terkandung dalam bungkusan atau bekas yang belum dibuka mempunyai sifat, kuantiti dan kualiti yang sama seperti yang didapati dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.”.