16. Pindaan seksyen 15
Feedback & supportSeksyen 15 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a), dengan memotong perkataan
“atau cuba menangkap ikan”;
Perikanan (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Tiada pemunya, nakhoda atau anggota kru apa-apa vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia boleh—
memuat atau memunggah apa-apa ikan, bekalan, bahan api atau umpan;
menjalankan aktiviti pindah kapal; atau
menjalankan apa-apa aktiviti penyelenggaraan atau apa-apa aktiviti lain, dalam apa-apa hal keadaan berhubung dengan apa-apa vesel penangkapan ikan atau pengangkut atau apa-apa pangkalan atau pelabuhan kecuali dengan kelulusan bertulis Ketua Pengarah.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
atau (2) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”.