15. Pindaan seksyen 14
Feedback & supportSeksyen 14 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah
Bahagian ini hendaklah, melainkan jika digantung atau dibatalkan atau melainkan jika dinyatakan selainnya dalam lesen itu, sah selama tempoh—
tidak lebih daripada dua belas bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di perairan perikanan Malaysia; dan
Undang-Undang Malaysia 16
tidak lebih daripada dua puluh empat bulan bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang beroperasi di laut lepas, dari tarikh pengeluaran lesen itu.”;
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “atau tanan” dengan perkataan
“, tanan, enjin atau apa-apa pengenalan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (a)
perenggan yang berikut:
“(aa) Mana-mana orang yang merosakkan apa-apa pengenalan vesel penangkapan ikan berlesen atau apa-apa pengenalan peralatan menangkap ikan berlesen adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”; dan
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perenggan (b)
dengan perenggan yang berikut:
“(b) Mana-mana pemunya, nakhoda atau tiap-tiap anggota kru vesel penangkapan ikan yang menggunakan apa-apa huruf, nombor atau cara pengenalan lain selain huruf, nombor atau cara pengenalan lain sebagaimana yang diuntukkan kepada vesel penangkapan ikan itu adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didakwa secara berasingan.”.