21. Pindaan seksyen 27
Feedback & supportSeksyen 27 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “atau mengambil”
dengan perkataan “, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport, mengangkut atau menyimpan”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “penyu”
perkataan “atau mana-mana bahagian atau terbitannya”; dan
(b)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“lima ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu ringgit”.