Seksyen 42A
Pemindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui laut
ActIn forceProvision 52 of 65
Seksyen 42A
(1)
Tiada barang boleh dibawa masuk ke, atau dimuatkan atau diangkut melalui air untuk dimuatkan bagi dibawa keluar dari, mana-mana zon bebas melalui laut—
(a)
kecuali di suatu tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang; dan
(b)
sehingga kebenaran untuk berbuat sedemikian telah diterima daripada pegawai Pihak Berkuasa yang hak.
(2)
Kecuali dengan kebenaran pegawai Pihak Berkuasa yang hak, tiada barang sedemikian, selepas didaratkan atau dipunggahkan, boleh dipindahkapalkan.
Zon Bebas 43