Seksyen 43
Pegawai kastam yang hak boleh mengambil sampel
ActIn forceProvision 55 of 65
Seksyen 43
(1)
Pegawai kastam yang hak boleh pada bila-bila masa mengambil sampel mana-mana barang bagi menentukan sama ada barang itu adalah jenis yang boleh dikenakan apa-apa duti kastam atau bagi menentukan duti kastam atas barang itu apabila masuk ke dalam kawasan utama kastam atau bagi apa-apa maksud lain yang disifatkan perlu oleh pegawai kastam yang hak itu, dan sampel itu boleh dilupuskan mengikut cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Tiada apa-apa bayaran boleh dibuat bagi apa-apa sampel yang diambil tetapi pegawai kastam yang hak itu hendaklah memberi suatu resit bagi apa-apa sampel yang diambil.