Akta Zon Bebas 1990 · Updated to 15 Dec 2025 · Bahagian V · Peruntukan Pelbagai
46. Rayuan atas keputusan Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah
Feedback & supportJika peruntukan dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bahawa keputusan mengenai apa-apa perkara terserah kepada Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah, maka melainkan jika ia diperuntukkan dengan khususnya bahawa keputusan itu adalah menurut budi bicara mutlak Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah itu, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu bolehlah merayu kepada Menteri.