Skip to content

Seksyen 48B

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 62 of 65
Seksyen 48B
(1)

Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—

(a)

terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan

(b)

tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

(4)

Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua

Pengarah atau Pihak Berkuasa menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa, mengikut mana yang berkenaan.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.

46

Undang-Undang Malaysia