Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian IX

36. Kemalangan serius hendaklah dilaporkan

Feedback & support
(1)

Bilamana apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya, pengguna atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Suruhanjaya dengan cara yang paling cepat yang ada, dan kemudiannya, tanpa kelengahan seboleh mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka masing-masing.

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang sah, melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Report