Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian IX
38. Kuasa khas semasa darurat
Feedback & supportYang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang membangkitkan suatu darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa Suruhanjaya untuk—
menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil milik sementara mana-mana talian paip atau pepasangan pemegang lesen itu dan mengendalikannya mengikut cara yang difikirkan oleh Suruhanjaya patut; atau
menarik balik sama ada pada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana talian paip atau pepasangan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan
Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.
Jika Suruhanjaya mengambil milik mana-mana talian paip atau pepasangan mana-mana pemegang lesen di bawah perenggan
pemegang lesen itu hendaklah dibayar pampasan yang mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk didengar mengenai perkara itu.