Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV

11. Notis kepada orang yang mencari gali

(1)

Ketua Pengarah boleh dengan notis menghendaki seseorang yang mencari gali tanah untuk logam atau galian menurut lesen

14

Undang-Undang Malaysia atau permit yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perlombongan yang berkuat kuasa pada masa ini—

(a)

untuk membuat dan mengemukakan kepadanya suatu rekod perihalan dan tempat dijumpai spesimen bahan batu-batan, galian, bijih, bahan berfosil atau bahan galian lain yang terjadi dengan cara semula jadi dalam bumi;

(b)

untuk menyerahkan kepadanya spesimen atau contoh yang disebut terdahulu atau bahagian spesimen atau contoh itu bagi maksud pengenalan atau penganalisisan dengan syarat permintaan sedemikian dibuat dalam masa enam bulan selepas tamatnya cari gali itu;

(c)

untuk memberikan suatu keterangan yang benar mengenai hasil cari gali itu dengan seberapa segera yang boleh selepas tamatnya cari gali itu atau pada sesuatu lat tempoh sebagaimana diarahkan olehnya dalam masa cari gali itu berterusan.

(2)

Ketua Pengarah boleh menyimpan apa-apa spesimen atau contoh yang diserahkan kepadanya di bawah perenggan (1)(b).

Report

Bahagian V

Arkib dan Kumpulan Penyiasatan Kaji Bumi

Bahagian VI