Geological Survey Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV
Geological Survey Act 1974 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen 13, seseorang yang menggerek, menggerudi, menggali atau dengan cara lain memajukan suatu lubang, syaf, terowong, tarahan atau korekan lain yang mendedahkan batu hampar (berbeza daripada lanar atau serdak batu) hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang membuat suatu korekan bersampingan dengan mendirikan suatu bangunan satu tingkat atau dua tingkat atau bagi seseorang yang membuat suatu korekan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perlombongan yang berkuat kuasa pada masa itu.
Bahagian V