Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian III · Pengenaan dan Skop Cukai

13. Pembekalan perkhidmatan diimport

Feedback & support
(1)

Jika perkhidmatan diimport, yang merupakan suatu pembekalan bercukai jika dibuat di Malaysia, dibekalkan kepada seseorang (kemudian daripada ini disebut “penerima”) bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan olehnya, pembekalan itu hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan yang dibuat oleh penerima dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya, dan pembekalan itu ialah pembekalan bercukai.

(2)

Jika penerima ialah orang kena cukai, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mengenai pembekalan perkhidmatan diimport itu.

(3)

Jika penerima ialah seseorang yang selain orang kena cukai, cukai hendaklah dikenakan ke atas pembekalan perkhidmatan diimport itu dan dia hendaklah bertanggungan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas pembekalan itu.

(4)

Walau apa pun seksyen 11 dan bagi maksud subseksyen (1), masa pembekalan perkhidmatan diimport hendaklah, setakat yang diliputi oleh apa-apa pembayaran oleh penerima, hendaklah dikira sebagai dibuat apabila bekalan itu dibayar.

(5)

Walau apa pun subseksyen (1), apabila barang diimport ke Malaysia di bawah suatu perjanjian pajakan daripada orang yang tempatnya bukan di Malaysia, cukai hendaklah dikenakan ke atas barang itu.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules