Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian III · Pengenaan dan Skop Cukai

18. Pembekalan dikecualikan

Feedback & support
(1)

Pembekalan dikecualikan ialah pembekalan apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada pengenaan cukai di bawah seksyen 9.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, menentukan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan di Malaysia sebagai suatu pembekalan dikecualikan.

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah, pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya, dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan hendaklah, apabila habis tempoh satu ratus dua puluh hari dari tarikh perintah itu dibentangkan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diarahkan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan, terhenti berkuat kuasa jika dan setakat yang ia tidak disahkan oleh ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam tempoh satu ratus dua puluh hari itu atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan, dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan itu.

(4)

Jika suatu perintah terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), apa-apa cukai yang dikenakan dan dilevikan menurut perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa bahagian perintah itu yang terhenti berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), kena dibayar balik kepada orang yang membayar cukai itu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 33 6/19/14 5:54:32 PM

Undang-Undang Malaysia 34

(5)

Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada cukai yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (4) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang membayar cukai itu membuat tuntutan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan tuntutan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah.

(6)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau menolak apa-apa cukai yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (4) setakat yang pembayaran balik itu akan secara tidak patut mengayakan orang yang membayar cukai itu.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules