Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian III · Pengenaan dan Skop Cukai
14. Tempat beradanya pembekal perkhidmatan
Feedback & supportPembekal perkhidmatan hendaklah dikira sebagai berada di sesuatu negara jika—
dia mempunyai suatu establismen perniagaan atau establismen tetap di negara itu dan tiada establismen sedemikian di tempat lain;
Akta 762 Teks 1 BM.indd 29 6/19/14 5:54:31 PM
Undang-Undang Malaysia 30
dia tidak mempunyai suatu establismen perniagaan atau establismen tetap di mana-mana negara tetapi tempat tinggal biasanya ialah di negara itu; atau
dia mempunyai suatu establismen perniagaan atau establismen tetap di kedua-dua negara itu dan di tempat lain dan establismennya yang paling berkaitan secara langsung dengan pembekalan itu ialah di negara itu.
Bagi maksud seksyen ini, suatu establismen tetap di mana-mana negara termasuklah suatu cawangan atau agensi yang melaluinya seseorang menjalankan suatu perniagaan di negara itu.