Seksyen 17
Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan pelaburan
of Akta Pendanaan Kerajaan 1983
Kerajaan hendaklah bertanggungan bagi segala pulangan yang kena dibayar dan segala pembayaran balik yang patut dibayar berkenaan dengan pelaburan yang dibuat di bawah dan mengikut
Akta ini, dan berkenaan dengan segala sijil pelaburan yang diuruskan di bawah dan mengikut seksyen 16 Akta Pelaburan Kerajaan
(Pindaan) 1990, tetapi jika liabiliti Kerajaan tersebut yang berbangkit akibat daripada, atau oleh sebab, apa-apa keingkaran sesuatu institusi pelaburan peserta dalam melaksanakan tugas dan obligasinya di bawah Akta ini, termasuk tugas dan obligasinya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit, mengikut mana-mana yang terpakai, institusi tersebut hendaklah bertanggungan apabila diminta oleh Kerajaan untuk menanggung rugi Kerajaan sepenuhnya berhubung dengan liabiliti itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), “keingkaran” termasuklah—
(a)
apa-apa pengabaian atau kegagalan dalam melaksanakan apa-apa fungsi, atau menjalankan apa-apa kuasa, atau menunaikan apa-apa tugas, di bawah Akta ini; dan
(b)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan apa-apa perkara yang diuruskan di bawah Akta ini, tanpa mengambil kira—
(i)
sama ada terdapat atau tidak apa-apa pendakwaan berkenaan dengan kesalahan itu; atau
Pendanaan Kerajaan 21
(ii)
sama ada keingkaran tersebut dilakukan oleh institusi pelaburan peserta itu, atau oleh mana-mana pengarah, pegawai, atau pengawal
(sebagaimana perkataan itu ditakrifkan di dalam subseksyen 14(6)), atau mana-mana kerani, pekhidmat atau ejen institusi pelaburan peserta tersebut, atau mana-mana kerani atau pekhidmat kepada ejen tersebut.