Skip to content

Seksyen 9D

Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan

of Akta Pendanaan Kerajaan 1983

ActIn forceProvision 15 of 25
Seksyen 9D
(1)

Bank boleh, secara bertulis, menghendaki mana-mana institusi pelaburan peserta yang mungkin juga suatu institusi pelaburan utama, supaya memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubung dengan mana-mana akaun atau rekod yang disenggarakan olehnya di bawah Akta ini.

(2)

Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa atau mengambil salinan mana-mana akaun, rekod, buku, atau apa-apa dokumen lain yang disenggarakan oleh institusi pelaburan peserta di bawah Akta ini.