Seksyen 16
Kaedah-kaedah
of Akta Pendanaan Kerajaan 1983
Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa kaedah-kaedah yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan penuh kepada peruntukan Akta ini, untuk menunaikan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau untuk melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih sempurna, lebih baik dan lebih mudah.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai—
(a)
perkara yang berhubungan dengan terbitan pelaburan, permohonan mendapatkan pelaburan, pembayaran pulangan atas pelaburan, dan pembayaran balik pelaburan bila matang;
(b)
tatacara dan amalan yang berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang;
(c)
borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
(d)
caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan
(e)
perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 16 Akta
Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990 [Akta A749].