Seksyen 3
Kuasa Menteri untuk menerima pelaburan
of Akta Pendanaan Kerajaan 1983
Menteri adalah dengan ini diberi kuasa, tertakluk kepada, dan mengikut, peruntukan Akta ini, untuk menerima pelaburan dan untuk membuat dan menerbitkan surat cara yang membuktikan pelaburan itu, bagi pihak Kerajaan Malaysia, pada bila-bila masa dan sehingga amaun maksimum sebagaimana yang ditetapkannya dari semasa ke semasa, dan tiap-tiap amaun maksimum yang ditetapkan sedemikian adalah kemudian daripada ini disebut “terbitan pelaburan” dan tiap-tiap terbitan pelaburan tersebut hendaklah mengandungi apa-apa nombor atau rujukan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(1A)
Tertakluk kepada seksyen 2A, sesuatu surat cara boleh dibuat dan diterbitkan dengan apa-apa kaedah atau dengan apa-apa perkiraan atau dengan membuat apa-apa urus niaga dengan mana-mana orang lain mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
(2)
Jumlah amaun wang yang diterima di bawah subseksyen (1)
yang tidak dibayar balik pada mana-mana satu masa hendaklah tidak lebih daripada suatu amaun yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(3)
Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah, dengan secepat yang mungkin selepas siarannya, dibentangkan dalam Dewan
Rakyat.
Pendanaan Kerajaan 9