Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Pendanaan Kerajaan 1983
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun pelanggan” ertinya suatu akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit bagi seseorang pemindah atau penerima pindahan di bawah subseksyen 9B(5);
“badan berkanun” ertinya mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa tempatan;
*CATATAN—Sebelum ini disebut Akta Pelaburan Kerajaan 1983–lihat seksyen 20, Akta Pelaburan
Kerajaan (Pindaan) 2005 [Akta A1242].
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“institusi kewangan” ertinya—
(a)
mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta
Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(aa) mana-mana institusi yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbandakan Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
(b)
mana-mana Kerajaan Negeri;
(c)
mana-mana badan berkanun; atau
(d)
mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan secara bertulis oleh Menteri;
“institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 9A(1);
“institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 9A(2);
“institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 9B(1);
“Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16B(1) Akta Bank Negara
Malaysia 1958;
Pendanaan Kerajaan 7
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“pelaburan” ertinya wang yang dibayar oleh mana-mana orang di bawah seksyen 3 dan 5;’
“pelanggan pelaburan”
ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan pelaburan di bawah subseksyen 9B(2);
“pemberitahuan” ertinya suatu notis yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk melanggan atau membeli sesuatu surat cara;
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk penyewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberikan yang berhubung dengan surat cara itu;
“surat cara” ertinya mana-mana surat cara yang dibuat dan diterbitkan di bawah Akta ini mengikut prinsip Syariah.
(2)
Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah
Akta ini oleh Bank atau oleh mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman tampak (sama ada berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 275