Skip to content

Seksyen 9

Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri

of Akta Perolehan Kerajaan 2026

ActIn forceProvision 9 of 93
Seksyen 9
(1)

Suatu entiti perolehan selain Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri hendaklah, tertakluk kepada tatacara dan undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan atau pentadbiran entiti perolehan itu, melantik seseorang sebagai pegawai pengawal bagi entiti perolehan itu.

(2)

Menteri boleh menetapkan tatacara bagi pentadbiran, penjalanan dan pelaksanaan perolehan Kerajaan oleh entiti perolehan selain

Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “entiti perolehan selain Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri” ertinya mana-mana badan berkanun Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, entiti

Kerajaan Persekutuan, entiti Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya atau mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam sesuatu

Negeri yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan

Kerajaan.

Perolehan Kerajaan 23