Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian III · Kelulusan dalam Perolehan Kerajaan
10. Pihak berkuasa yang meluluskan dalam perolehan Kerajaan
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), suatu kelulusan bagi perolehan Kerajaan di bawah Akta ini boleh diberikan oleh—
Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri atau mana-mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;
lembaga perolehan yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;
jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pegawai pengawal di bawah perenggan 7(1)(f); atau
pegawai pengawal.
Nilai ambang kelulusan bagi setiap pihak berkuasa yang meluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri Besar atau Ketua
Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menentukan nilai ambang kelulusan bagi perolehan Kerajaan Negeri, yang hendaklah tidak melebihi nilai ambang kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bagi setiap pihak berkuasa yang meluluskan.
Menteri boleh menetapkan tatacara bagi kelulusan dalam perolehan Kerajaan.