Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran Perolehan Kerajaan

7. Kewajipan dan kuasa pegawai pengawal

Feedback & support
(1)

Seorang pegawai pengawal hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa yang berikut:

(a)

untuk bertanggungjawab bagi setiap tindakan dan keputusan yang dibuat berhubung dengan perolehan Kerajaan yang ditadbir, dijalankan atau dilaksanakan dalam bidang kuasanya;

(b)

untuk menyelia pegawai perolehan dan jawatankuasa perolehan di bawah seliaannya dan memantau pematuhan mereka kepada Akta ini dan apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(c)

untuk menjalankan usaha wajar dan mengadakan tatacara secukupnya bagi mengelakkan percanggahan kepentingan semasa menjalankan kuasanya, menunaikan kewajipannya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan mengikut apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(d)

untuk mentadbir, menjalankan atau melaksanakan apa-apa perolehan Kerajaan yang perancangan dan anggaran peruntukan dananya telah disediakan dan diluluskan oleh

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(e)

untuk menimbangkan dan meluluskan perolehan Kerajaan mengikut Akta ini;

(f)

untuk menamai atau melantik pegawai perolehan dan menubuhkan jawatankuasa perolehan untuk membantu pegawai pengawal dalam melaksanakan apa-apa kewajipan dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

(g)

untuk menyatakan takat kewajipan dan kuasa yang diberikan atau dikenakan kepadanya di bawah Akta ini yang boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh pegawai perolehan atau jawatankuasa perolehan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut Akta ini;

Perolehan Kerajaan 21

(h)

untuk mewujudkan panel kajian semula bagi mengendalikan aduan yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan yang ditadbir, dijalankan atau dilaksanakan oleh entiti perolehan dalam bidang kuasanya; dan

(i)

untuk menjalankan segala aktiviti dan membuat segala perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(g), pegawai pengawal hendaklah kekal bertanggungjawab bagi penjalanan atau pelaksanaan kewajipan dan kuasa oleh orang yang diberi kuasa itu.

(3)

Pegawai pengawal hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit daripada kegagalannya untuk memastikan kewajipan dan kuasanya dijalankan dan dilaksanakan mengikut Akta ini dan apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Report

Bahagian III

Kelulusan dalam Perolehan Kerajaan

Bahagian IV

Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor

Bahagian V

Penjalanan Perolehan

Bahagian VI

Integriti dan Pelaporan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules