Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran Perolehan Kerajaan

6. Pentadbiran perolehan Kerajaan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Feedback & support
(1)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran, kawalan dan pengawasan semua perkara yang berhubungan dengan Akta ini.

(2)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini, selain kuasa di bawah seksyen 14, 26 dan 45, kepada mana-mana pegawai di bawah bidang kuasanya tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, dan hendaklah memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang sepatutnya.

(3)

Apa-apa pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Ketua Setiausaha Perbendaharaan sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan.

(4)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan usaha wajar dan mengadakan proses dan tatacara secukupnya bagi mengelakkan percanggahan kepentingan semasa menjalankan kuasanya, menunaikan kewajipannya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan mengikut apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(5)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri mengikut Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 20

Report

Bahagian III

Kelulusan dalam Perolehan Kerajaan

Bahagian IV

Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor

Bahagian V

Penjalanan Perolehan

Bahagian VI

Integriti dan Pelaporan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules