Act of Parliament · Updated to 26 May 2026 · 12 parts
Akta Perolehan Kerajaan 2026
Feedback & supportGovernment procurement duties and governance, and an appeal tribunalBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perolehan
Kerajaan 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Undang-Undang Malaysia 10
Akta ini hendaklah terpakai bagi—
mana-mana orang yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan Kerajaan; dan
mana-mana orang yang menyertai perolehan Kerajaan.
Walau apa pun dalam seksyen ini, Menteri atau, berhubung dengan sesuatu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan daripada pemakaian Akta ini mana-mana penguntukan dana sekali beri yang diuntukkan melalui
Akta Perbekalan atau Enakmen Perbekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa perolehan Kerajaan oleh mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, entiti
Kerajaan Persekutuan, entiti Kerajaan Negeri atau mana-mana entiti lain berhubung dengan apa-apa program baharu.
s 3Ketidakpakaian
Akta ini tidak terpakai bagi—
apa-apa perolehan atau pengambilan agensi fiskal atau perkhidmatan depositori, perkhidmatan pembubaran dan pengurusan bagi institusi kewangan yang dikawal selia atau perkhidmatan yang berkaitan dengan penjualan, penebusan dan pengagihan hutang awam, termasuk pinjaman dan bon Kerajaan, nota dan apa-apa sekuriti lain;
apa-apa pelantikan atas dasar kontrak oleh Persekutuan atau mana-mana Negeri bagi penyampaian perkhidmatan awam; dan
apa-apa perolehan—
yang dijalankan bagi maksud khusus untuk memberikan bantuan antarabangsa, termasuk bantuan pembangunan;
Perolehan Kerajaan 11
yang dibiayai oleh organisasi antarabangsa atau oleh pemberian, pinjaman atau bantuan asing atau antarabangsa lain yang tatacara atau syarat perolehan organisasi antarabangsa atau penyumbang tersebut terpakai; dan
yang dijalankan di bawah prosedur atau syarat khusus suatu perjanjian antarabangsa yang berhubungan dengan penempatan tentera atau yang berhubungan dengan pelaksanaan bersama oleh penandatangan.
s 4Akta hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis yang berkaitan
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan itu.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pelaksana” ertinya mana-mana jabatan atau agensi
Kerajaan yang ditetapkan oleh Menteri sebagai agensi yang melaksanakan perolehan Kerajaan bagi pihak pegawai pengawal;
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“Akta Perbekalan” atau “Enakmen Perbekalan” ertinya Akta atau Enakmen yang dibuat bagi penguntukan apa-apa jumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan mengikut Perkara 100
dan 101 atau, seksyen 15 dan 16 Jadual Kelapan, Perlembagaan
Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“anggota pentadbiran” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
Undang-Undang Malaysia 12
“arahan” ertinya apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 91 atau 92, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“badan berkanun” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan menurut mana-mana undang-undang bertulis tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan;
“Dewan Undangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
“dinyatakan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya dinyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menyatakan termasuklah kuasa untuk menyatakan secara berlainan bagi—
orang atau aktiviti yang berlainan; atau
kelas, kategori atau perihal orang atau aktiviti yang berlainan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“entiti” ertinya syarikat, perkongsian atau mana-mana kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“entiti Kerajaan Negeri” ertinya—
mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang—
dalam hal syarikat berhad menurut syer,
Menteri Besar atau Ketua Menteri yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang
Negeri atau mana-mana badan berkanun Negeri merupakan pemegang syer lebih lima puluh peratus daripada syer syarikat; atau
dalam hal syarikat berhad menurut jaminan, Menteri
Besar atau Ketua Menteri yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang Negeri atau mana-mana badan berkanun Negeri merupakan anggota syarikat; atau
Perolehan Kerajaan 13
mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
[Akta 258] oleh Kerajaan Negeri;
“entiti Kerajaan Persekutuan” ertinya—
mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 yang—
dalam hal syarikat berhad menurut syer,
Menteri Kewangan yang diperbadankan di bawah
Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957
[Akta 375] atau mana-mana badan berkanun
Persekutuan merupakan pemegang syer lebih lima puluh peratus daripada syer syarikat; atau
dalam hal syarikat berhad menurut jaminan, Menteri
Kewangan yang diperbadankan di bawah Akta
Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957, wakil mana-mana Kementerian atau badan berkanun
Persekutuan merupakan anggota syarikat; atau
mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
oleh Kerajaan Persekutuan;
“entiti perolehan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri, dan termasuklah—
mana-mana Kementerian atau badan berkanun Persekutuan, pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya atau mana-mana entiti Kerajaan Persekutuan;
mana-mana kementerian atau jabatan atau badan berkanun sesuatu Negeri, mana-mana pihak berkuasa tempatan sesuatu Negeri atau mana-mana entiti Kerajaan Negeri;
mana-mana agensi pelaksana; dan
apa-apa entiti lain, yang mentadbir, menjalankan atau melaksanakan perolehan Kerajaan di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 14
“Kementerian” ertinya Kementerian Persekutuan, termasuk mana-mana jabatan atau agensi di bawah Kementerian itu dan mana-mana jabatan atau agensi Kementerian itu di mana-mana
Negeri atau daerah di Malaysia;
“Kementerian Kewangan” ertinya Kementerian Persekutuan di bawah tanggungjawab Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Ketua Menteri” dan “Menteri Besar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61];
“kontraktor” ertinya seorang kontraktor yang berdaftar di bawah
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994
[Akta 520];
“koperasi” ertinya suatu koperasi yang berdaftar di bawah
Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
“kumpulan wang luar jangka” ertinya Kumpulan Wang
Luar Jangka yang diwujudkan di bawah Perkara 103
Perlembagaan Persekutuan atau Rizab Luar Jangka di bawah seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang berdaftar” ertinya orang yang berdaftar di bawah seksyen 18, dan termasuklah—
setiap orang yang dinamakan dalam sesuatu pendaftaran;
dalam hal suatu syarikat, pengarah, pemegang saham dan pengurusan kanan syarikat;
dalam hal suatu perkongsian, semua pekongsi dalam perkongsian itu; dan
dalam hal suatu koperasi, mana-mana orang yang memegang tanggungjawab utama dalam pengurusan koperasi;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis di bawah subseksyen 45(1);
Perolehan Kerajaan 15
“pegawai pengawal” ertinya—
seseorang yang dilantik di bawah subseksyen 15a(1)
Akta Tatacara Kewangan 1957; atau
seseorang yang dilantik di bawah subseksyen 9(1), untuk menjalankan kewajipan dan kuasa seorang pegawai pengawal di bawah Akta ini;
“pegawai perolehan” ertinya mana-mana pegawai awam atau orang yang dinamai atau dilantik di bawah subseksyen 8(1) sebagai pegawai perolehan di bawah Akta ini;
“pekeliling” ertinya apa-apa pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 91;
“pekongsi” dan “perkongsian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian 1961 [Akta 135],
Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
[Akta 707] dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743];
“pembekal” ertinya mana-mana orang yang menyediakan atau membekalkan, atau boleh menyediakan atau membekalkan barangan atau perkhidmatan, dan termasuklah orang yang membangunkan atau mengilangkan barangan atau perkhidmatan, atau apa-apa gabungannya;
“pemunya benefisial” mempunyai erti yang diperuntukkan dalam seksyen 44b Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], seksyen 109a
Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441], subseksyen 2(1) Akta
Amanah Labuan 1996 [Akta 554], seksyen 24a Akta Yayasan
Labuan 2010 [Akta 706], seksyen 69a Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010, seksyen 20a Akta
Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 atau subseksyen 2(1) Akta
Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Pendaftar” ertinya orang yang dilantik sebagai Pendaftar
Perolehan Kerajaan di bawah subseksyen 14(1);
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat Labuan 1990 atau subseksyen 2(1)
Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Undang-Undang Malaysia 16
“penguntukan dana” ertinya—
dalam hal Kerajaan Persekutuan—
apa-apa dana yang diuntukkan mengikut
Akta Perbekalan oleh Parlimen, termasuk mana-mana kumpulan wang luar jangka;
apa-apa dana yang diuntukkan dan diarahkan oleh Dewan Rakyat mengikut seksyen 3 dan 4
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
apa-apa dana daripada akaun amanah atau kumpulan wang amanah Kerajaan yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Persekutuan mengikut seksyen 9 dan 10
Akta Tatacara Kewangan 1957;
apa-apa pemberian, pinjaman atau apa-apa peruntukan yang berpunca daripada subperenggan (a)(i)
hingga (a)(iii), oleh atau melalui Kerajaan
Persekutuan kepada mana-mana orang atau entiti; dan
apa-apa hasil atau pulangan yang diperoleh daripada mana-mana pelaburan mana-mana dana di bawah subperenggan (a)(i) hingga (a)(iv); atau
dalam hal sesuatu Kerajaan Negeri—
apa-apa dana yang diuntukkan mengikut
Enakmen Perbekalan oleh suatu Dewan Undangan;
apa-apa dana yang diuntukkan dan diarahkan oleh suatu Dewan Undangan mengikut seksyen 9
Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang dibayar daripada
Kumpulan Wang Disatukan Negeri;
Perolehan Kerajaan 17
apa-apa pemberian, pinjaman atau apa-apa bentuk peruntukan yang berpunca daripada subperenggan (b)(i) hingga (b)(iii), oleh atau melalui Kerajaan Negeri kepada mana-mana orang atau entiti; dan
apa-apa hasil atau pulangan yang diperoleh daripada mana-mana pelaburan mana-mana dana di bawah subperenggan (b)(i) hingga (b)(iv);
“Perbendaharaan” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan dan termasuklah mana-mana pegawai awam di bawah kawalan pentadbiran atau arahan Menteri itu yang kepadanya Menteri itu telah mewakilkan atau yang, mengikut seksyen 6 atau 7
Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], diberi kuasa untuk menjalankan fungsi di bawah Akta ini;
“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
“perkongsian liabiliti terhad Labuan” dan “perkongsian terhad
Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad
Labuan 2010;
“perolehan Kerajaan” ertinya mana-mana perolehan bagi pembekalan barangan atau perkhidmatan atau bagi kerja yang dibiayai oleh penguntukan dana oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, atau melalui penggunaan apa-apa aset milik Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pihak berkuasa tempatan” ertinya—
mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], atau Ordinan
Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak 1996 [Sarawak Bab 20]
Undang-Undang Malaysia 18
atau Perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan
Perbandaran Kuching [Sarawak Bab 116], atau Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah Ord. 11 Tahun 1961];
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
[Akta 190];
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan,
Perbadanan Labuan sebagaimana yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609]; dan
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Perbadanan Putrajaya sebagaimana yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan Putrajaya 1995
[Akta 536], dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsi yang diberikan dan dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“sijil pendaftaran” ertinya sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen 18(4);
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016 atau, berhubung dengan suatu syarikat Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat Labuan 1990;
“Tribunal Rayuan” ertinya Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 63.
Apa-apa sebutan mengenai “pihak berkuasa kewangan
Negeri” dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pihak berkuasa kewangan Negeri” mengikut pengertian seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Perolehan Kerajaan 19
Bahagian II
Pentadbiran Perolehan Kerajaan
Bahagian III
Kelulusan dalam Perolehan Kerajaan
Bahagian IV
Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor
Bahagian V
Penjalanan Perolehan
Bahagian VI
Integriti dan Pelaporan
Bahagian VII
Bahagian VIII
Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Bahagian IX
Aduan, Bantahan dan Kajian Semula
Bahagian X
Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan
Bahagian XI