Skip to content

Seksyen 93

Kecualian dan peralihan

of Akta Perolehan Kerajaan 2026

ActIn forceProvision 93 of 93
Seksyen 93
(1)

Mana-mana orang yang berdaftar, bagi maksud perolehan

Kerajaan, sebagai pembekal barangan atau perkhidmatan atau kontraktor bagi kerja dengan Kementerian Kewangan atau mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa oleh Kementerian

Kewangan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah Akta ini sehingga habis tempoh pendaftaran, kecuali dalam hal suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966

[Akta 832] yang pendaftarannya disifatkan telah terbatal enam bulan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Mana-mana permohonan bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran, pindaan pendaftaran atau pengecualian berhubung dengan mana-mana pembekal barangan atau perkhidmatan atau kontraktor bagi kerja bagi maksud perolehan Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana aduan atau bantahan berhubung dengan suatu pendaftaran, pembaharuan pendaftaran atau pindaan pendaftaran yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini

Perolehan Kerajaan 83

hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara

Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(4)

Mana-mana aduan atau bantahan yang dibuat terhadap mana-mana entiti perolehan berhubung dengan mana-mana perolehan Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(5)

Mana-mana permohonan yang dibuat kepada Kementerian

Kewangan atau mana-mana entiti perolehan untuk membuat kajian semula apa-apa tatacara berhubung dengan mana-mana perolehan

Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah diuruskan mengikut arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah

Akta Tatacara Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(6)

Mana-mana rayuan yang dibuat kepada Kementerian

Kewangan berhubung dengan apa-apa keputusan perolehan Kerajaan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan mengikut arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara

Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(7)

Mana-mana perolehan Kerajaan yang dimulakan oleh mana-mana entiti perolehan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah diuruskan mengikut arahan dan pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah

Akta Tatacara Kewangan 1957 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(8)

Mana-mana pengecualian yang diberikan oleh Perbendaharaan menurut mana-mana arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957

mengenai perkara yang berhubungan dengan perolehan Kerajaan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dibatalkan.

Undang-Undang Malaysia 84

Akta 882