Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian XII
89. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini termasuk apa-apa perkara tambahan, bersampingan atau berbangkit berhubung dengan Akta ini.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berhubung dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
penjalanan kewajipan dan kuasa pegawai pengawal di bawah seksyen 7;
Perolehan Kerajaan 79
penjalanan kewajipan dan kuasa pegawai perolehan di bawah seksyen 8;
tatacara perolehan Kerajaan oleh entiti perolehan selain
Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri di bawah seksyen 9;
tatacara bagi kelulusan perolehan Kerajaan di bawah seksyen 10, termasuk penubuhan dan pelantikan apa-apa jawatankuasa bagi maksud penilaian, pertimbangan dan pengesyoran apa-apa perkara mengenai perolehan
Kerajaan, termasuk pentadbiran dan tatacara jawatankuasa tersebut;
pentadbiran lembaga perolehan di bawah seksyen 11 dan 12, termasuk—
syarat dan tatacara kelulusan oleh mana-mana orang dengan kuasa untuk meluluskan perolehan
Kerajaan; dan
perkara yang berhubungan dengan kerahsiaan dan integriti proses membuat keputusan;
tatacara bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran, pindaan pendaftaran, penggantungan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran di bawah Bahagian IV, termasuk—
kehendak dan prasyarat bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pindaan pendaftaran;
tatacara bagi penilaian orang yang layak dan sesuai;
hal perkara, bentuk dan cara bagi perisytiharan yang dikehendaki untuk dibuat di bawah perenggan 18(3)(b);
fi dan caj;
bentuk dan cara penzahiran kepentingan di bawah subseksyen 37(2); dan
Undang-Undang Malaysia 80
tatacara memberikan peluang untuk didengari di bawah subseksyen 21(5);
penjalanan perolehan di bawah Bahagian V, termasuk—
tatacara bagi perolehan terbuka dan berdaya saing;
kriteria, kelayakan, syarat dan sekatan bagi pemakaian kaedah selain kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing serta tatacaranya;
syarat dan tatacara bagi pengeluaran Sijil Perolehan
Demi Kepentingan Awam;
fi dan caj; dan
bentuk dan cara kontrak antara entiti perolehan dengan orang berdaftar;
kriteria dan syarat bagi kelulusan pemindahan, penyerahakan atau novasi kontrak atau apa-apa kepentingan dalam kontrak, dan pemindahan atau penyerahakan suatu pemberian dan apa-apa kepentingan dalam pemberian di bawah seksyen 35;
bentuk dan cara bagi penzahiran kepentingan di bawah seksyen 37;
tatacara bagi pentadbiran panel kajian semula di bawah seksyen 62, termasuk—
kuasa dan kewajipan panel kajian semula dan anggota panel kajian semula;
bentuk dan cara pengemukaan untuk kajian semula;
kaedah perolehan Kerajaan dan pihak yang berkelayakan untuk membuat kajian semula; dan
fi dan caj;
Perolehan Kerajaan 81
tatacara yang berhubungan dengan pentadbiran Tribunal
Rayuan di bawah Bahagian X, termasuk—
tanggungjawab dan kawalan anggota Tribunal
Rayuan;
pentadbiran dana yang diuntukkan kepada Tribunal
Rayuan;
saraan, elaun dan ganjaran untuk Pengerusi dan anggota Tribunal Rayuan;
penjalanan prosiding;
peruntukan yang berhubungan dengan kos dan perbelanjaan Tribunal Rayuan; dan
fi, caj dan deposit;
fi, caj dan deposit yang perlu dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.