Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

88. Penalti am

Feedback & support

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana kehendak atau peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata, boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal seseorang individu, dengan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat, perkongsian, koperasi atau badan profesional, dengan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Report

Bahagian XII

Schedules