Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian XII
92. Arahan oleh pihak berkuasa kewangan Negeri
Feedback & supportDalam hal sesuatu Negeri—
(a)
pihak berkuasa kewangan Negeri boleh, sebagai tambahan kepada Akta ini atau apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini di Negeri itu, dengan syarat bahawa arahan itu tidak bercanggah dengan Akta ini; dan
(b)
apa-apa obligasi untuk mematuhi Akta ini termasuklah obligasi untuk patuh kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah perenggan (a) dan apa-apa enakmen oleh Dewan Undangan yang berkaitan dengan perolehan
Kerajaan.