Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian V · Peruntukan Kewangan

27. Akaun bank dan penggunaan hasil

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah membuka dan mengendalikan suatu akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank atau bank-bank sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah beroperasi, setakat yang boleh dipraktikkan, dengan cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang atau orang-orang yang boleh, dari semasa ke semasa, dibenarkan oleh Lembaga.

(2)

Wang Lembaga hendaklah digunakan hanya untuk pembayaran pelepasan perbelanjaan, obligasi dan liabiliti Lembaga dan untuk membuat apa-apa pembayaran yang Lembaga diberi kuasa atau dikehendaki membayarnya.

Report