Skip to content
In forceAmendedUpdated to 15 Jan 2024Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995

Feedback & supportSetting up a board for inland revenue, with its functions and powers

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia 1995.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

“anggota”

ertinya anggota

Lembaga yang disebut di bawah seksyen 6;

“badan” ertinya pertubuhan perbadanan;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“hari penetapan” ertinya hari yang padanya Akta ini mula berkuat kuasa;

“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala harta pusaka, kepentingan, isemen atau hak, sama ada secara ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah hak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan;

“ketua pegawai eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 6A(1) dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 6A(3);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri yang disebut dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;

“Lembaga” ertinya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi sama ada masa kini atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 9

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah mana-mana

Pengerusi Lembaga sementara;

“tarikh letak hak” ertinya tarikh yang padanya harta, hak dan liabiliti yang dinyatakan oleh

Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1) yang baginya Kerajaan Malaysia adalah berhak atau tertakluk padanya, dipindahmilikan dan terletak hak kepada Lembaga.

Bahagian II

Penubuhan Lembaga Hasil dalam Negeri

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Lembaga

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules