Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian V · Peruntukan Kewangan

23. Kumpulan Wang Lembaga

Feedback & support
(1)

Dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu

Kumpulan Wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang Lembaga hendaklah mengandungi—

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 29

(a)

segala wang yang diterima oleh Lembaga bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada Kerajaan sebagai ejen atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada mana-mana orang;

(b)

segala wang yang diterima oleh Lembaga melalui pemberian;

(c)

segala wang yang dihasilkan daripada pelupusan, pajakan atau sewaan, atau apa-apa urusan lain, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Lembaga;

(d)

segala wang yang dihasilkan sebagai pendapatan daripada pelaburan Lembaga;

(e)

segala wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah Akta ini;

dan

(f)

segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Lembaga.

Report