Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Lembaga
10. Fungsi Lembaga
Feedback & supportFungsi Lembaga adalah—
untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberikan perkhidmatan dalam pentadbiran, pentaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga;
untuk menasihati
Kerajaan mengenai perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi
Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara itu;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 15
untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan percukaian; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.