Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

15. Guna khidmat

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah pada hari penetapan menerima masuk ke dalam guna khidmatnya tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu adalah dalam guna khidmat atau perkhidmatan Jabatan Hasil Dalam

Negeri Malaysia, dan yang telah diberi opsyen oleh Kerajaan Malaysia dan telah mengambil opsyen untuk berkhidmat sebagai pekerja

Lembaga.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 19

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang mengambil opsyen di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Lembaga hendaklah diguna khidmat oleh Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang menguntungkan daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang disebutkan dalam subseksyen (1).

(3)

Sehingga suatu masa yang terma dan syarat perkhidmatan termasuklah kelakuan dan tatatertib pekerjanya dirangka oleh

Lembaga, skim dan terma dan syarat perkhidmatan termasuklah kelakuan dan tatatertib pekerja Kerajaan hendaklah terpakai seterusnya mutatis mutandis bagi tiap-tiap orang yang diguna khidmat oleh

Lembaga di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules