Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian II · Perbadanan

12. Mesyuarat

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi melaksanakan fungsinya.

(2)

Lima orang anggota Perbadanan, seorang daripadanya anggota yang mewakili Kerajaan, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Perbadanan.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 15

(3)

Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh

Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4)

Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Perbadanan selain Ketua Pengarah boleh dilantik oleh anggota-anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

(5)

Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap anggota

Perbadanan yang mewakili Kerajaan, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab dan anggota silih ganti itu, apabila hadir sedemikian, hendaklah bagi semua maksud dianggap sebagai anggota Perbadanan.

(6)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Perbadanan

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules