Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 · Updated to 1 Oct 2020 · Bahagian II · Perbadanan
6. Keanggotaan Perbadanan
Feedback & support(1)
Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
empat orang anggota yang mewakili Kerajaan, seorang daripadanya ialah Ketua Setiausaha Kementerian yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek atau wakilnya;
(c)
tiga orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan tentang harta intelek dan perkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan
(d)
Ketua Pengarah.
(2)
Menteri hendaklah melantik anggota yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a), (b) dan (c).