Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 · Updated to 1 Oct 2020 · Bahagian II · Perbadanan
16. Minit
Feedback & supportPerbadanan dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah menyenggarakan minit semua mesyuaratnya dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa yang minit mengenainya telah dibuat mengikut subseksyen (1)
dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.