Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian II · Perbadanan

5. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Harta Intelek

Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Perbadanan dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

12

Undang-Undang Malaysia

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana anggota, pekerja atau ejen Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh

Perbadanan bagi maksud itu.

(6)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Perbadanan

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules