Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian V · Kewangan

31. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan Perbadanan setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Perbadanan bagi mana-mana satu tahun kewangan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 27

(2)

Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Perbadanan kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu

Perbadanan tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Report