Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 · Updated to 1 Oct 2020 · Bahagian V · Kewangan
35. Pelaburan
Feedback & supportKumpulan Wang Perbadanan boleh, setakat yang Kumpulan
Wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patut oleh Perbadanan selepas berunding dengan Menteri.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat 35a. Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016
untuk menjalankan dan bertanggungjawab ke atas, untuk mengelolakan dan untuk menguruskan apa-apa aktiviti, projek dan inisiatif yang telah dirancang atau diusahakan oleh Perbadanan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah perenggan 17(e), (f) dan (i).