Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 · Updated to 1 Oct 2020 · Bahagian V · Kewangan
32. Pemeliharaan Kumpulan Wang
Feedback & supportMenjadi kewajipan Perbadanan untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Perbadanan adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.