Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian V · Kewangan

34. Kuasa untuk meminjam

Feedback & support
(1)

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

28

Undang-Undang Malaysia

(2)

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apa sekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Report