Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kewangan

37. Section 37

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang

Projek Sosial”.

(2)

Kumpulan Wang Projek Sosial hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang disumbangkan atau didermakan dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang

Projek Sosial oleh mana-mana orang, perbadanan atau entiti lain; dan 40

Undang-Undang Malaysia

(b)

jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud Kumpulan Wang Projek Sosial.

(3)

Kumpulan Wang Projek Sosial hendaklah dibelanjakan bagi projek, skim dan pengusahaan yang, pada pendapat Pihak

Berkuasa, adalah bagi manfaat am komuniti Wilayah Pembangunan

Iskandar dan selaras dengan strategi dan inisiatif dalam Rancangan

Pembangunan Komprehensif yang berhubungan dengan pembangunan sosial, dan yang boleh, bagi mengelakkan keraguan, termasuk projek, skim dan pengusahaan bagi memajukan kesenian dan kebudayaan.

Report