Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VI · Kewangan
Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VI · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak Berkuasa boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya atau bagi maksud Kumpulan Wang Projek Sosial.
Pihak Berkuasa boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Kerajaan Persekutuan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
peruntukan modal kerja;
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 41
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa syer atau saham yang Pihak Berkuasa dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.