Skip to content

Seksyen 41

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007

ActIn forceProvision 41 of 56
Seksyen 41

(1)

Perbelanjaan Pihak Berkuasa sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Pihak

Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(4)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

(5)

Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

42

Undang-Undang Malaysia

Akta 664