Skip to content

Seksyen 50

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

of Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007

ActIn forceProvision 50 of 56
Seksyen 50

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Menteri;

(b)

Pihak Berkuasa;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 45

(c)

mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa; atau

(d)

mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.