Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English
Contents

Bahagian VII

46. Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang menzahirkan atau memberikan maklumat kepada Pihak Berkuasa yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 43

(2)

Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Pihak Berkuasa

Report