Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English
Contents

Bahagian VII

56. Section 56

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa

Negeri Johor, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini hanya berkenaan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa oleh Pihak Berkuasa.

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan Akta ini.

Report

Schedules