Skip to content

Seksyen 18

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 15 of 121

Seksyen 18

(1)

Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

(a)

jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8; atau

(b)

jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 14 (3); atau

[Bah. I, S. 18-20]

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 19

(c)

jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syara’, maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada

Hakim Syar’iah yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2)

Hakim Syar’iah, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam per-mohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 14 (3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja bagi maksud-maksud seksyen 13 (b), mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah di-bayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

19, Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi—

(a)

oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh

Hakim Syar’iah di bawah seksyen 18, jika per-kahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan; atau

(b)

oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu

Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan se-orang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.