Skip to content

Seksyen 20

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 16 of 121

Seksyen 20

(1)

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikah-kan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perem-puan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim

Syar’iah yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Wilayah Persekutuan atau dalam mana-mana Negeri.

Kebenaran perlu sebelum akadnikah.

Tempat per-kahwinan.

[Bah. Il, S. 20-21]

Mas kahwin dan pemberian.

20 AKTA 303

(2)

Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah di-nyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), se-suatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika—

(a)

dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam Wilayah Persekutuan, kebenaran ber-kahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1); atau

(6)

dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.